Sekolah Berasrama Penuh (1)

Jika anda merupakan calon PMR,sila lihat di sini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai SBPI untuk calon PMR.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR.

Di sekolah berasrama penuh, waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. 

Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (1).

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP
1.       Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2.       Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
3.       Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
4.       Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1.       Warganegara Malaysia
2.       Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3.       Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4.       Aktif dalam kokurikulum.
 
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1.       Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.
2.       Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
·         Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
·         Kaunter BPSBPSK
·         Talian hotline BPSBPSK
·         Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

 Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
  1. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
·           Warganegara Malaysia.
·         Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
·         Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
·         Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan. 


PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN SATU (1) YANG DITAWARKAN DI SBP


JENIS ALIRAN
SAINS
AGAMA
Pakej Mata Pelajaran
·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Matematik
·         Sains
·         Sejarah
·         Geografi
·         Kemahiran Hidup
·         Pendidikan Islam / Moral
·         Bahasa Antarabangsa
(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin
·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Bahasa Arab Komunikasi
·         Matematik
·         Sains
·         Sejarah
·         Geografi
·         Kemahiran Hidup
·         Pendidikan Islam / Moral
·         Bahasa Antarabangsa
·         (*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin
Jenis SBP yang
ditawarkan
·         SBP Terawal (Premier)
·         Sekolah Menengah     
          Sains    (SMS)
·         Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
·         Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

Semoga anda berjaya masuk ke Sekolah Berasrama Penuh !! :)

No comments:

Post a Comment