Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Kemasukan pelajar ke IPTA diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, JPT (BKP JPT) bagi kemasukan ke semua IPTA di Malaysia.
Sama ada permohonan kemasukan,status permohonan,tarikh permohonan,status rayuan,pertanyaan mengenai IPTA dan lain lain boleh rujuk di sini secara terus.
Permohonan/borang bagi lepasan SPM telah dibuka!Sila klik di sini untuk memohon.
Sila rujuk kaunselor anda jika anda mempunyai kemusykilan atau boleh bertanya di Shoutbox.
Berikut merupakan Senarai-senarai IPTA di Malaysia berserta ciri-cirinya :
IPTA di Malaysia

UniversitiCiri-Ciri
Universiti Penyelidikan
  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
• Kemasukan kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50
Universiti Komprehensif
  1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  3. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  4. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
• Pelbagai bidang pengajian
• Kemasukan kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dan pascasiswazah 70:30
Universiti Berfokus
  1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  2. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  3. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  4. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  5. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  7. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  8. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  9. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  10. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  11. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  12. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

• Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
• Kemasukan kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50

3 comments:

  1. bestnya siapa yang dapat masuk IPT ... hmm .. teringin sangat nak masuk .. tak kesah lah kat mana-mana :)))

    ReplyDelete
  2. bleh je aimi..syarat belajar betul2 la..bukan angan2 mat jenin je :)

    ReplyDelete
  3. mat jenin ? oh , i hate him ! :) ... insyaAllah cikgu , doakan untuk saya cikgu :))

    ReplyDelete