Program Semalam di Sekolahku

Program ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan satu yang baru berada di alam sekolah menengah khususnya SMK Seri Keramat tentang budaya sekolah serta cabaran alam remaja. Aktiviti yang disusun memfokus kepada kepentingan menjadi pelajar yang sentiasa mengamalkan dan menjaga agama dalam kehidupan, perubahan dari alam kanak-kanak kepada alam awal remaja, cabaran dan cara menghadapinya. Program ini juga mengingatkan kembali tentang pengorbanan dan harapan ibubapa terhadap pelajar. 

Program Timang Adikku Sayang

Program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai sedikit kekurangan berbanding pelajar-pelajar lain dari aspek kewangan dan kasih sayang (anak yatim) dalam memahami situasi yang mempengaruhi pembelajaran dan membantu mereka dalam meningkatkan keyakinan diri walaupun mempunyai kekurangan.