Matrikulasi (Tingkatan 6/PraUniversiti)

Matrikulasi merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.


Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum. 


Untuk membuat permohonan ke Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 sila muat turun di laman web: 
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2011/1309240700.pdf

Tempat Pengajian
Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi dijalankan di Kolej-Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA sahaja. Senarai Kolej Matrikulsi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diperoleh dalam Direktori Institut.




Bidang Pengkhususan
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan tiga(3) jurusan pengajian:
  1. Sains (Kod M001)
  2. Perakaunan (Kod M003)
  3. Teknikal (Kod M007)
Rancangan Program
a) Jangka Masa Program
  • Program Satu Tahun (2 Semester)
  • Program Dua Tahun (4 Semester)

b) Mata Pelajaran Teras
  • Jurusan Sains
              Modul I            : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
              Modul II           : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
              Modul III          : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer
  • Jurusan Perakaunan
             Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi
  • Aliran Teknikal
             Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan

Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar:-
- Bahasa Inggeris
- Kemahiran Dinamika
- Pendidikan Islam/Moral
- Teknologi Maklumat
- Kokurikulum

Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut:-
- Sukan/Permainan atau
- Persatuan/Kelab atau
- Kawat Kaki

Penilaian
Berdasarkan Penilaian Berterusan (PB), Ujian Pertengahan Semester (UPS) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).

Pembiayaan
Pelajar Program Matrikulasi dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peluang Melanjutkan Pengajian
Pelajar yang memperolehi PNGK 2.00 (gred C) dan ke atas boleh dipertimbangkan untuk ke IPTA

a) Jurusan Sains
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Bio Perubatan
  • Bio Fizik
  • Farmasi
  • Sains Aktuari
  • Sains Tulen
  • Sains Gunaan
  • Sains Komputer / Teknologi Maklumat
  • Sains Pendidikan
  • Kejuruteraan
  • Seni Bina dan bidang lain yang berkaitan

b) Jurusan Perakaunan
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Undang-Undang
  • Teknologi Maklumat
  • Pentadbiran Perniagaan / Pentadbiran Awam
  • Pengurusan Sumber Manusia dan bidang lain yang berkaitan

No comments:

Post a Comment