Semakan & Rayuan untuk ke Sekolah-Sekolah

Semakan & Rayuan untuk ke sekolah-sekolah seperti SBPI,Sekolah Teknik dan sebagainya,boleh terus ke laman web : http://www.moe.gov.my/

MESEJ PENTING!!!!!.....( Pembelian ID BSN )

Tarikh2 penting:-

a)) 8 nov - 30 nov 2011 ( tarikh diberikan kepada sekolah utk pembelian secara pukal No Id BSN )
b) 15 NOV - 31 DIS 2011 - Permohonan ke IPTA ( Fasa 1 bagi lepasan SPM ).fasa 2 pada 9 Jan - 2/4/2012.
c)  pembelian secara individu dibuka pada tarikh 9 Januari.
d) permohonan ke Politeknik dan ILKA ( Institusi Latihan Kemahiran Awam) juga akan dibuka pada tarikh  Januari 2012.

Segala maklumat lanjut, layari laman web :( http://upu.mohe.gov.my/ )

BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan Tahun 2012. Ibubapa dijemput hadir untuk berjumpa guru kelas anak tuan/puan bagi mendapatkan bantuan tersebut; Tingkatan 1 & 2 pada 17 November 2011 (Khamis) dan Tingkatan 3 & 4 pada 18 November 2011 (Jumaat). Masa kedua-dua tarikh tersebut ialah 11 pagi hingga 3 petang. Sekian harap maklum.

SUMBANGAN KERAJAAN RM100 KEPADA PELAJAR-PELAJAR

KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 2 IBNUSINA, 4 BS1 & 2, SILA DAFTAR NAMA ESOK PAGI KEPADA PN. SITI RAHMAH DI PEJABAT SEBELUM JAM 11 PAGI UNTUK PENYERAHAN RM100.00 YANG PERTAMA SUMBANGAN DARIPADA KERAJAAN PADA HARI RABU JAM 3 PETANG DI PENTAS SK LEMBAH KERAMAT. KEPADA KELAS-KELAS YANG LAIN SILA LIHAT JADUAL SERAHAN DI PEJABAT.

Kehebatan Ayat Seribu Dinar...


Ayat seribu dinar mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Dengan mengamalkannya selepas solat 5 waktu secara istiqamah, hati akan menjadi tenang dan pekerjaan dipermudahkan Allah. Untuk yang bermasalah, jadikan ayat ini sebagai amalan, semoga Allah memberikan jalan keluar.

Untuk anak-anak pelajar, eloklah mengamalkan ayat ini sebagai satu doa untuk mudah mendapat ilmu dan mencapai kejayaan. Pelajar cemerlang Nik Nur Madihah dalam buku tentangnya, Catatan Nik Nur Madihah juga menyatakan beliau mengamalkan ayat ini.







Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Amin...
Sumber: melurhasanah.com 

AMALAN PELAJAR CEMERLANG...


1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.

2. Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).

3. Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).

4. Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.

5. Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.

6. Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.

7. Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.

8. Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).

9. Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.

10. Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.

11. Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.

12. Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.

13. Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.

14. Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.

Sumber