AIDS dan HIV

HIV atau dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus ialah sejenis retrovirus yang diketahui pada awal tahun 1980an. Jangkitan ini menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan melawan penyakit dan barah.....


AIDS atau dikenali sebagai Acquired Immune Deficiency Syndrome ialah peringkat terakhir jangkitan HIV.Sistem daya tahan tubuh melawan penyakit dan kanser telah lumpuh.Pada peringkat ini,pesakit akan mendapat gejala jangkitan oportunis dan barah tertentu.

HIV/AIDS


- Dikenalpasti sebagai salah satu penyakit yang paling ditakuti di dunia.

- Biasanya dikaitkan dengan cara hidup yang tidak sihat /masalah sosial.

- Salah satu penyakit yang tiada vaksin, tiada ubat untuk memusnahkan HIV sehingga hari ini.

Bagaimana boleh dijangkiti?

- Perkongsian jarum suntikan yang tercemar dengan HIV virus di kalangan penagih dadah.
- Hubungan seks dengan pasangan dijangkiti HIV.
- Perpindahan darah/produk darah yang dicemari virus.
- Dari ibu yang dijangkiti HIV kepada anak.
- Dari susu ibu yang dijangkiti HIV.

Inilah akibatnya....
Ulser yang teruk
Fungul Infection


Susut berat badan
Kanser Kulit

Sumber : Ceramah Kesedaran
HIV / AIDS
Program Pendidikan , Pencegahan HIV/AIDS
Dr M Vickneshwaran
Pegawai AIDS Daerah
Pejabat Kesihatan Daerah Gombak 

No comments:

Post a Comment