Sekolah Kami




Hijau = Segar dan Subur
Biru = Kasih dan Taat
Putih =  Suci dan Bersih
Pengetua SMK Seri Keramat,Pn Zaitun Binti Zainal



Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat mula dibina pada tahun 1994 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Sesi persekolahan telah bermula pada tahun 1995 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat (2) dan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat pada Jun 2003....


Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat(SMKSK) ialah untuk menjadikan sebuah sekolah yang cemerlang dari segi fizikal serta melahirkan individu yang mengamalkan ajaran agama,berakhlak mulia,dinamik,progresif,kreatif dan innovatif.

Objektif Sekolah

Mementingkan kecemerlangan secara keseluruhan dari segi akhlak,disiplin,kecemerlangan,kebersihan dan keindahan sekolah dan kawasannya.
Menjadikan institusi yang mewujudkan suasana harmoni,selesa,tenteram dan saling menghormati dikalangan pelajar,guru dan staff sokongan.
Menanam rasa minat untuk terus berusaha dan bekerjasama dikalangan ahli sekolah demi mencapai kecemerlangan.

Moto Sekolah

Berilmu dan Beramal

Visi Sekolah

Pendidikan berkualiti sekolah cemerlang.

Misi Sekolah

Warga SMK Seri Keramat berusaha dan bekerjasama dengan ibu bapa dan ahli komuniti supaya dapat meningkatkan potensi pelajar bagi melahirkan insan yang cemerlang,mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan sekolah yang berkesan.

No comments:

Post a Comment