Program Semalam di Sekolahku
Program ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan satu yang baru berada di alam sekolah menengah khususnya SMK Seri Keramat tentang budaya sekolah serta cabaran alam remaja. Aktiviti yang disusun memfokus kepada kepentingan menjadi pelajar yang sentiasa mengamalkan dan menjaga agama dalam kehidupan, perubahan dari alam kanak-kanak kepada alam awal remaja, cabaran dan cara menghadapinya. Program ini juga mengingatkan kembali tentang pengorbanan dan harapan ibubapa terhadap pelajar.
Labels:
Aktiviti
Program Timang Adikku Sayang
Program
ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai sedikit
kekurangan berbanding pelajar-pelajar lain dari aspek kewangan dan kasih sayang
(anak yatim) dalam memahami situasi yang mempengaruhi pembelajaran dan membantu
mereka dalam meningkatkan keyakinan diri walaupun mempunyai kekurangan.
Labels:
Aktiviti
Pengenalan Unit Bimbingan dan Kaunseling
Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu pelajar membuat rundingan baik dari segi akademik, sosial dan motivasi. Usaha ini adalah perlu untuk pembelajaran yang sempurna serta memperolehi kejayaan dalam bidang akademik atau kehidupan.
Segala bentuk rundingan dan perbincangan dengan klien adalah tertakluk kepada etika proses kaunseling iaitu kerahsiaan (confidential) dan membantu perkembangan klien dari sudut kognitif, tingkahlaku dan perasaan.

Pengenalan
Sekolah Kami
|
|
| Hijau = Segar dan Subur Biru = Kasih dan Taat Putih = Suci dan Bersih |
![]() |
| Pengetua SMK Seri Keramat,Pn Zaitun Binti Zainal |
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat mula dibina pada tahun 1994 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Sesi persekolahan telah bermula pada tahun 1995 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat (2) dan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat pada Jun 2003....

Subscribe to:
Posts (Atom)