Pengenalan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu pelajar membuat rundingan baik dari segi akademik, sosial dan  motivasi. Usaha ini adalah perlu untuk pembelajaran yang sempurna serta memperolehi kejayaan  dalam bidang akademik atau kehidupan.

Segala bentuk rundingan dan perbincangan dengan klien adalah tertakluk kepada etika proses kaunseling iaitu  kerahsiaan (confidential) dan membantu perkembangan klien dari sudut kognitif, tingkahlaku dan perasaan.

Kaunseling merupakan satu proses yang berpegang kepada beberapa etika yang seharusnya anda ketahui:-

1. Kerahsiaan– segala yang diceritakan tidak akan didedahkan sewenang-wenangnya kepada pihak yang tidak  berkaitan

2. Kejujuran - kaunselor akan sedaya upaya membantu klien secara jujur dan mengharapkan kejujuran klien untuk berubah.

3. Penerimaan tanpa syarat - sesiapa juga klien, kaunselor akan menerima dengan hati yang terbuka.

4. Proses- perjalanan sesi merupakan satu proses yang mana ada perjanjian antara klien dan kaunselor, agar kebajikan kedua-dua pihak terjaga dan proses lancar dan dapat mencapai matlamat

"Kelegaab dan senyuman anda matlamat kami..”

No comments:

Post a Comment