Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Kemasukan pelajar ke IPTA diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, JPT (BKP JPT) bagi kemasukan ke semua IPTA di Malaysia.
Sama ada permohonan kemasukan,status permohonan,tarikh permohonan,status rayuan,pertanyaan mengenai IPTA dan lain lain boleh rujuk di sini secara terus.
Permohonan/borang bagi lepasan SPM telah dibuka!Sila klik di sini untuk memohon.
Sila rujuk kaunselor anda jika anda mempunyai kemusykilan atau boleh bertanya di Shoutbox.
Berikut merupakan Senarai-senarai IPTA di Malaysia berserta ciri-cirinya :

Bank Soalan SPM

Berikut merupakan pautan ke kompilasi Bank Soalan SPM berserta skema jawatan dan boleh dimuat turun.

http://www.banksoalanspm.com/soalan.html

Semoga berjaya menjawab SPM !!

Matrikulasi (Tingkatan 6/PraUniversiti)

Matrikulasi merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.


Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum. 


Untuk membuat permohonan ke Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 sila muat turun di laman web: 
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2011/1309240700.pdf

Sekolah Berasrama Penuh (2)

Berikut merupakan maklumat untuk memohon ke SBP bagi Calon PMR :

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP
1.       Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2.       Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
3.       Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing.


SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP
1.       Warganegara Malaysia
2.       Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
3.       Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
·         Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
·         Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
·         Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain. 
4.       Aktif dalam kokurikulum.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. 


Pemohonan secara online untuk masuk ke MRSM boleh dibuat di laman web : http://www.mara.gov.my bermula 27 September 2011.Sila rujuk kaunselor anda untuk mengetahui maklumat lanjut.
Tarikh tutup permohonan adalah 20 Oktober 2011.

Sekolah Teknik dan Vokasional

Pendidikan Teknikal dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Terdapat beberapa aliran/kursus yang ditawarkan di Sekolah Teknik dan Vokasional.
Antaranya adalah :-
*Kejuruteraan Mekanikal
*Automotif
 *ICT dan lain-lain.

AIDS dan HIV

HIV atau dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus ialah sejenis retrovirus yang diketahui pada awal tahun 1980an. Jangkitan ini menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan melawan penyakit dan barah.....


AIDS atau dikenali sebagai Acquired Immune Deficiency Syndrome ialah peringkat terakhir jangkitan HIV.Sistem daya tahan tubuh melawan penyakit dan kanser telah lumpuh.Pada peringkat ini,pesakit akan mendapat gejala jangkitan oportunis dan barah tertentu.

Sekolah Berasrama Penuh (1)

Jika anda merupakan calon PMR,sila lihat di sini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai SBPI untuk calon PMR.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR.

Di sekolah berasrama penuh, waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. 

Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (1).

Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 yang Dikasihi...

Masa yang ada ini adalah peringkat terakhir sebelum menempuh "peperangan"....maka,sedarlah wahai anak-anak didikku.....USAHA + TAWAKAL + DOA ( resepi yang terbaik)

Pilihan Di Tangan Kita!


Pada suatu hari nabi Nuh berdoa,"Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka,  dan melakukan tipu-daya yang amat besar.
Lantas mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa', yaghuts, ya'uq dan nasr". Sesudah itu mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kesesatan."
Muhasabah diri adalah penting kerana ianya permulaan kepada pembentukan sahsiah yang baik.

Program Pecutan Akhir PMR Dan SPM 2011

Program ini dilaksanakan adalah untuk membantu para pelajar pada fasa terakhir sebelum menjelang peperiksaan yang bakal diduduki.